9 April 2011: Taklimat Akreditasi Makmal MS ISO/IEC 17025: 2005

Pusat Kualiti dan Pembangunan Akademik telah menganjurkan satu Taklimat Akreditasi  Makmal MS ISO/IEC 17025: 2005 pada 9 April 2011 bertempat di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu. Program yang diadakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai Sistem Pengurusan Kualiti Makmal yang lebih berkesan, sistematik dan efektif. Program yang bermula jam 11.00 pagi dan berakhir 1.00 petang ini dikendalikan oleh wakil Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) iaitu Puan Fariza Wan Abdullah. Seramai 73 orang peserta telah menghadiri taklimat tersebut. Peserta terdiri daripada pensyarah, Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains dan Pembantu Makmal di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Institut Bioteknologi Marin (IMB), Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP),  Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM) dan Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM). Sepanjang taklimat berlangsung, penceramah undangan telah berkongsi maklumat dan pengetahuan baru yang berguna untuk diaplikasikan ke dalam aktiviti dan pengurusan di makmal.

23 -29 Mac 2011:Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Menjalani Audit Dalaman MS ISO 9001:2008

Pada 23 Mac hingga 29 Mac 2011, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah menjalani Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 yang  dikendalikan oleh lapan (8) orang juru audit dalaman yang telah dilantik oleh Pusat Kualiti dan Pembangunan Akademik.  Pasukan audit tersebut diketuai oleh Prof. Madya Dr Mohd Shaladdin bin Muda, Ketua Jabatan Pengurusan Dan Pemasaran, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi dan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Mohd Amin, Dr Mohd Shaari bin Abd. Rahman, En Asrul Azani bin Mahmood, Pn Harisom Anida bt. Musa, Pn. Fauzayani bt. Ibrahim, Cik Norasiah bt. Moudu dan Pn Nur Amirah bt. Amiruddin  Tujuan audit dalaman dijalankan ialah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Pejabat HEPA. Skop persijilan HEPA ialah Penyediaan Perkhidmatan, Pembangunan Pelajar, Kemudahan dan Pengurusan Alumni (Perkhidmatan HEPA). Secara keseluruhannya, Sistem Pengurusan Kualiti Pejabat HEPA adalah baik. Walau bagaimanapun ia masih memerlukan penambahbaikan berterusan bagi memastikan ia  dipertingkatkan dari semasa ke semasa, seterusnya dapat memenuhi keperluan semua pihak yang terlibat.

18 Januari 2011- Gerak Gempur COPPA

Pada 18 Januari 2011, Pusat Kualiti dan Pembangunan Akademik telah menganjurkan satu taklimat Gerak Gempur COPPA di Universiti Malaysia Terengganu. Taklimat ini bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 petang bertempat di Auditorium Mahyuddin, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu. … Continue reading

15 November 2010 – Bengkel Penggubalan Program Baru

9 -12 November 2010 -Bengkel ISO HEPA

7 – 9 November 2010- Audit Dalaman di Pejabat Bendahari

18 -19 Oktober 2010: Pejabat Pembangunan Dan Harta Menerima Kunjungan Auditor SIRIM

Pada 18 hingga 19 Oktober 2010 yang lalu, PPH telah menjalani audit peringkat kedua oleh SIRIM QAS oleh En. Mohd Azam Mohd Yunus. Tujuan audit ini adalah untuk mengesahkan keberkesanan perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti adalah menepati piawai ISO 9001: 2008. Auditor telah menjalankan temubual dengan kakitangan, meneliti dokumen dan menjalankan pemerhatian bagi mengesan sama ada terdapat perubahan dalam SPK.  Secara keseluruhannya auditor SIRIM telah berpuas hati dengan pelaksanaan MS ISO 9001:2008 bagi skop Perkhidmatan Pengurusan Penyelenggaraan Harta UMT.

8 -9 Oktober 2010: Bengkel Pemurniaan Semakan Kurikulum

Bahagian Akademik dengan kerjasama Pusat Kualiti dan Pembangunan Akademik telah menganjurkan Bengkel Pemurniaan Semakan Kurikulum pada 8 hingga 9 Oktober 2010 di Dewan Senat UMT. UMT menawarkan 25 program pengajian pra siswazah dan bengkel ini dianjurkan bagi memantapkan dokumen semakan kurikulum yang telah disediakan oleh wakil jabatan/fakulti masing-masing. Dokumen Semakan Kurikulum tersebut mengandungi beberapa kriteria yang ditetapkan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Framework, MQF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sesungguhnya semangat kerjasama tinggi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli bengkel membolehkan matlamat bengkel telah dicapai dengan jayanya.

PKPA Ke Arah Pensijilan ISO 9001: 2008

Pusat Kualiti dan Pembangunan Akademik merupakan sebuah pusat tanggungjawab yang terlibat dalam mengurus dan memantau perlaksanaan ISO bagi Pusat-Pusat tanggungjawab di UMT. Dalam mengorak langkah menjadikan PKPA sebagai salah sebuah pusat rujukan jaminan kualiti, PKPA telah merancang membangunkan prosedur dan arahan kerja bagi menyokong skop pensijilan Pengajaran dan Pembelajaran. Secara tidak langsung, ini merupakan langkah awal ke arah memastikan Universiti Malaysia Terengganu memiliki satu sijil ISO sahaja. Justeru itu, satu bengkel khusus untuk memberi kesedaran dan menyediakan model proses ISO 9001:2008 telah diadakan pada 18 hingga 19 Ogos 2010 bertempat di Bilik Karpet Biru, Dewan Sultan  Mizan yang dihadiri oleh kakitangan Pusat Kualiti dan Pembangunan Akademik. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai proses pensijilan MS ISO 9001: 2008 yang dikendalikan oleh perunding yang dilantik oleh UMT iaitu Pusat Pengurusan Penyelidikan, UTM dan dikendalikan oleh Prof Madya Hj Mohd Shoki Mohd Ariff.

Ke Arah Pensijilan ISO HEPA

Dalam mengorak langkah untuk mendapatkan pengiktirafan standard ISO 9001: 2008, beberapa siri kursus telah dijalankan ke atas kakitangan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Kursus tersebut dikendalikan oleh perunding yang dilantik oleh UMT iaitu Pusat Pengurusan Penyelidikan, UTM dan dikendalikan oleh Prof Madya Hj Mohd Shoki Mohd Ariff .

Continue reading